Thursday, August 3, 2017

Bercuti di Hatyai, Thailand

11/2/2017

Assalamualaikum

Kami bergerak dari homestay ke Padang Besar Train Station pada jam 7.00am. Oleh sebab homestay ni belakang station je, maka kami pun decide nak berjalan kaki je. Sesampai je di train station, kami terus ke kantin untuk breakfast. Lapau kau.









Selesai breakfast kami terus ke bawah menuju ke immigration. Sebelum check di immigration, i olls berlari ke luar kejap untuk beli tiket train ke Hatyai. I olls beli kat counter Thai.


biase la rombongan mak2 jemah

yang sorang lagi dipaksa untuk snap pic ni


Ramai sungguh rakyat Malaysia yang nak ke Hatyai. Sebelum check tu dorang akan bagi 1 form untuk diisi. I olls tak tau kene isi dua2 form tu, ingat 1 je. I olls first time g negara luar negara guna darat, so ilmu tu takde. Form tu kene isi dua2 helai ye fyi hehe.


rupa train ke Hatyai, klasik sangat especially kipas tu. Syok oo..


Oleh sebab ramai sangat, so perjalan tertangguh sket. Lewat dalam 1/2 jam kalau tak silap. Perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai mengambil masa selama lebih kurang 50 minit.

Sampai di Hatyai dalam jam 9.50am waktu Thai. Misi ni penting. Pertama nak cari tuk tuk untuk pergi ke Asean Hotel, kedua, mencari tiket ke Koh Lipe. Alhamdulillah bertemu sorang driver tuk tuk ni bawak kami ke counter yang jual tiket van + speedboat ke Koh Lipe.




Kami juga sebenarnya plan nak sewa tuk tuk tu sehari. Ok, kat sini skill bargain korang perlu la di asah. Harga pertama driver tu tawar adalah THB1500. Aku nego lagi, dia turun kan harga jadi THB1200. Tapi aku refuse, sebabnya sebelum datang sini aku dah buat research siap2. Korang bole dapat harga dlm THB800 - THB1000 untuk sewa tuk tuk.

Dalam masa yang sama kawan2 dia tengah offer aku tiket ke Koh Lipe. Harga yang ditawarkan adalah THB850/person. Harga ni adalah one-way sebab lepas Koh Lipe kami akan ke Trang. Aku refuse and bergerak keluar. Setelah tawar-menawar, tarik tali bagai akhirnya mereka setuju bila aku minta THB700/person. Driver tuk tuk tu plak setuju dengan harga THB1000.

Untuk ke Asean Hotel, kami bayar THB20/person. Sebelum sampai ke Hatyai, aku dah email siap2 kat Asean Hotel, request for check-in awal. Alhamdulillah sesampai je kami tunggu sekejap je, pastu dah dapat masuk bilik. Sedap woo dapat air-cond. Tapi tak duduk lama la sebab dah janji ngan drebar tuk tuk tu nak g merayap.

Drebar tu offer pergi 3 tempat, korang bole pilih mana korang nak pergi. Kami pilih Samila Beach, Floating Market & Asean Night Market.


Samila Beach

Samila Beach terletak di Songkla. Agak jauh juga, dalam 30-40 minit dari Hatyai City. Samila Beach terkenal dengan Golden Mermaid Statue. Aku tak ambil gambar ngan statue atas beberapa sebab. First, sebab aku tak berminat nak ambil gamba ngan patung hehe, second sebab masa sampai kat pantai ni hujan turun ngan lebatnya, last sebab ramai giler nak amek gambo ngan patung tu.



ni la patung nye.. masa ni hujan, sume dah blah, 
aku ngan anak sedara aku je yang gigih bergambar kat pantai ni

santai je sepupu aku


Shopping di Samila Beach

Sebenarnya aku agak menyesal sebab tak beli most of souvenirs kat sini. Sebabnya bila aku compare harga souvenirs kat sini lagi murah dari Hatyai Night Market. Contohnya, sebungkus pouch (ade 3 pouch semuanya) bersaiz sederhana berharga THB90, yang kecik THB80. Tapi di Hatyai Night Market, semua pouch tak kira size berharga THB100. Agak ralat juga la, sebab ingatkan dekat night market bole dapat harga yang lagi murah, 

Selain tu, untuk small key chain kat Samila Beach, kita bole dapat 11 key chain dengan harga THB100. Berbanding kat night market, 5/6 pieces berharga THB100. Berbeza sangat. Apepun sila berbelanja secara berhemat. Kalau bole buat comparison lagi bagus, takde la menyesal dikemudian hari hehe.

Sepatutnya kami patut melawat satu pagi pantai tapi semua dah lapar, so kami decide nak trus g Floating Market.


Floating Market

Kami sampai di Floating Market agak awal, dalam jam 4.30pm kalau tak silap. Masa sampai most of peniaga baru nak setup gerai dorang. Tapi apedehal.. redah je la kan. Panasnya Nauzubillah, tak tahan.




Sampai je sini, terus menuju ke gerai sampan kat bawah ni, tak pandang dah kiri kanan. Maklum la semua dah lapau bebenau.










Selesai makan kami keatas balik. Kisahnya, kami baru tau kat atas tu lagi banyak gerai. Gerai makan, gerai souvenirs, macam-macam. Tu la kan, masa sampai tu menonong je ke bawah, lapau katanye haha.

Harga souvenirs kat sini agak mahal sket compare kat Samila Beach. Peniaga kat sini pun refuse nak bagi kurang. Ko nego la camne pun, dia tetap tak nak turun kan harga huhu. Maka kami pun blah je la.


Asean Night Bazaar

Seperti Floating Market ni juga, kami sampai awal kat sini. Banyak lagi kedai2 yang belum buka. Boring giler.



Asean Night Bazaar ni banyak jual baju, seluar & kasut. Kalau nak cari souvenir memang susah la, kalau ada pun 3,4 kedai je. Mungkin kedai2 yang belum bukak tu adalah kedai souvenir? xtau la kan..




Di tingkat atas ada food court, walaupun tak banyak gerai, tapi pilihan makanan banyak juga. InsyaAllah ada yang halal. Rasanya xtau la sebab kami tak makan pun kat situ, beli buah & air je.


Semua bosan & tak sabau tunggu drebar tuk tuk datang amek.


Breakfast = RM3.40/person (total RM17)
Tiket train ke Hatyai = THB70/person ~ RM8.90
Tuk tuk = THB1000 ~ THB200/person
Tiket ke Koh Lipe = THB700/person


Sekian, assalamualaikum..

p/s: next destination adalah Koh Lipe. Mabelesss u olls, cantik sangat. Tunggu ye, insyaAllah ada masa + mood nanti aku update



Saturday, February 25, 2017

Bercuti di Padang Besar, Perlis

10/2/2017

Assalamualaikum,

Gerak dari rumah jam 5.00am. Dari rumah kami ke KL Sentral menaiki grab car. Tiket keretapi untuk ke Padang Besar sudah dibeli beberapa minggu sebelum perjalanan (semangat mak hokey! 😎). Sesampai je di KL Sentral, kami semua berlari mencari surau dan toilet. Terpaksa rushing sebab keretapi akan bergerak jam 7.10 pagi.




Seperti yang dijadualkan, kami menaiki EST ke Padang Besar 7.00 pagi dan perjalanan bermula jam 7.10 pagi. Sepanjang perjalanan dapat la tengok beberapa view seperti gunung-ganang, perkampungan & sawah padi. Keretapi pulak berhenti sebanyak 6 stations.




Kami sampai di Padang Besar jam 12.30 pm. Sampai je di Padang Besar, misi utama adalah mencari kenderaan ke homestay yang kami dah booked. Oleh sebab ni 1st time datang ke Padang Besar, so kami memang blurr la kejap sebab tak nampak pun teksi ke bas kat sini. 


blur2 pun sempat amek gambau lagi, walaupun tengah panas 


Alhamdulillah selepas beberapa minit ade la sorg pakcik ni offer nak hantar kami ke homestay dengan sedikit bayaran. Sampai je kat homestay baru perasan, homestay ni kat belakang train station je.. coii sangat !


homestay yang kami booked, Wafa Homestay


Misi berikutnya adalah mencari kereta sewa untuk sehari. Susah jugak nak cari, adala jumpa beberapa no. dalam google, tapi semua dah fully booked. Oleh sebab kami pergi masa rakyat Malaysia sedang bercuti-cuti Malaysia, makanya memang susah la nak dapat kereta sewa. 

Alhamdulillah owner homestay kami Abg Don tolong. Susah payah, call sana sini cari kereta untuk kami. Dapat la akhirnya kereta kelisa, cukup la untuk kami berlima. TQ Abang Don. Sesapa nk menyewa homestay bole call, no. ade kat gambau atas tu. Jam 3.30 petang kereta sewa sampai. 


Gua Kelam

Point pertama di Padang Besar adalah Gua Kelam. Syukur la ade waze sekarang ni. Dari homestay ke Gua Kelam mengambil masa dalam 30 minit. Sampai Gua Kelam kami parking dan terus menuju ke signboard Gua Kelam sebab nak amek gambau 😝, kemudian ke counter untuk membeli tiket. Ok lupe, hati-hati ye kat parking banyak monyet.

saya tau beg saya senget 😉






Gua Kelam yang dulu bukanlah Gua Kelam yang sekarang, sekarang dh bercahaya sket, Tapi aku still seram sejuk masa masuk sini. Kejap je dapat explore gua ni sebabnya pakcik counter tu suh keluar before 5pm. Kejap pun dh cukup buat aku, seremmmm.. tambah plak geng lain tinggalkan aku kat belakang, biase le sibuk benau amek bidio.

Kat Gua Kelam kami explore gua saje, takde la plak cecahkn jari kaki kat sungai yang ade kat luar gua tu. Next time insyaAllah.


Kuala Perlis

Next point adalah Kuala Perlis. Berbekalkan waze dan kehebatan kelisa, kami memecut plak ke Kuala Perlis. Agak jauh juga Kuala Perlis dari Gua Kelam, amek masa dalam 40 - 50 minit gitu. 

Sampai je kami terus ke Masjid Terapung di Kuala Perlis, Masjid Al-Hussain. Sungguh cantik. Masa sampai tu matahari dah nak turun. Muka memang kene tembak la ngan matahari, panas woi nak buka mata pun tak bole. Kami duduk sekejap lepas tu kami decide cari tempat makan. Masing-masing dah lapau benau.

ihsan dari Cik Ct, sorry gambau gelap



Kami pilih kedai MONA Ikan Bakar. Pada kami ok je la makan kat sini, yang penting kenyang dan harga pun berpatutan dengan ape yang kami order.


Makan untuk 5 orang, kerang bakau tak masuk dalam gambau sebab lambat sampai ke meja, 
sorry kerang 😎

kedai makan tersebut

Dinasihatkan sesape yang stay kat Padang Besar dan berhajat nak datang sini, sila datang awal. Sebabnya masa balik nanti anda akan menempuh perjalanan yang panjang dan gelap (sebab guna waze kot, aku follow je la).


Arked Niaga

Kami tak sempat nak melawat Arked Niaga sebabnya rushing nak pergi ke Gua Kelam & esok pepagi kami akan bergerak ke Hatyai. InsyaAllah next time akan melawat Arked Niaga.


Secara ringkasnya, kos bercuti di Padang Besar adalah seperti di bawah:


Grab Car = RM5/person (RM25/car)
Tiket ETS = RM68/person (1 way)
Breakfast = RM10/person
Teksi ke homestay = RM4/person (total RM20)
Homestay = RM20/person (RM100/day)
Sewa Kereta = RM14/person (RM70/day)
Minyak = RM5/person (RM30)
Paking = RM0.20/person (haha) (RM1/car)
Entrance fee = RM5/person
Makan = RM19.80/person (total RM99)

TOTAL = RM151/person

Sekian pengalaman kami bercuti pendek di Padang Besar, Perlis.

Note:
1. Padang Besar adalah first point kami untuk kembara ke Selatan Thailand.
2. Kalau tak sempat breakfast don't worry dalam ETS ade kantin, bole beli kat situ
3. Sebelum ke Padang Besar sila booked kereta awal2, kalau tak jadi macam kami kene byau lebih huhu.


Monday, January 16, 2017

Freeport A'Famosa Outlet

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat balik kampaung. Walaupun sebenarnya minggu selepas tu aku akan menduduki final exam, tapi biase la kan aku, mane kesah haha. Patut la tak dapat dean list.

Sebelum sampai kampung, aku decide nak singgah ke Freeport A'Famosa Outlet. Aku dah pernah pergi sebenarnya masa awal pembukaan outlet ni. Sempat la aku sambar 2 helai jeans jenama Applemints. Jeans murah je, tu je yg mak mampu.

Freeport A'Famosa Outlet adalah satu pusat membeli-belah di Melaka yang menghimpunkan pelbagai jenis brand seperti Nike, Carlo Rino, Clarks, Esprit dan byk lagi. Outlet ni adalah open air mall dan architecture nya adalah berkonsepkn Melaka's Dutch heritage.

Sila layan gambau dibawah..


Picture 1: Pemandangan depan, minta maaf, ni je yang mampu


Picture 2: Syukur la we olls datang pagi, sebabnya tengahari berebut2 orang nak amek gambau kat sini


Picture 3: Gigih memanjat tangga


Picture 4: Giant candy, pening pak guard tgk perangai ktorg

Untuk yang berhajat nak singgah ke outlet ni, dinasihatkan pergi la pagi. Tapi jangan la pepagi bute kate org Melake. Dalam kol 10 tu kira ok la. We olls sampai kat outlet dalam kol 10.30 kalau tak silap (mahap la shor-term memory hehe). Sampai je parking memang banyak k. Keluar dalam kol 2 lebih gitu, keluar2 tgk pergh penuh dah parking. Baru ingat nak bergambau depan outlet tu, tapi dah ade orang duk tunggu parking plak, terpaksa la aku cepat2 blah. So, point nye kat sini adalah, pergi la awal untuk dapatkan parking yang dekat ngan pintu masuk.

Untuk ke outlet senang je. Keluar je tol Simpang Ampat, terus belok kiri, jalan terus sampai kat traffic light. Kat traffic light belok kiri lagi. Jalan terus sampai jumpe outlet ni kat belah kanan. Sebelum sampai outlet ni nanti korang akan terjumpa Cendol Bakar. Bole rujuk peta kat bawah. Gigih mak buat !

Picture 5: Peta ke Freeport A'Famosa Outlet.


Tu je bye.

Assalamualaikum.

p/s: disaat economy tak bapa nak baik ni, jimat2 la ye, beli barang yang perlu je. Nasihat untuk diri sendiri juga ni sebab aku pun boros haha..


Sunday, December 25, 2016

Assignment katanya..

Assalamualaikum,

Dh lamanye tak update blog. Bersarang woi. Banyak nau habuk.

Harini nak cite yang aku kene buat assignment. Yes, masa nak buat assignment ni la masa yang paling sesuai nak update blog kennn.. sesuai sangat ! Masa ni la semangat berkobar-kobar, idea mencurah-curah, bukan untuk assignment, tapi untuk blog.. coi sangat !

So ceritanya kat sini.. aku nak buat assignment. Tu je. Daaaaa

Image result for buat assignment

Sunday, November 16, 2014

Trip to Langkawi - Day 1 (6 Nov 14)

.....السلام عليكم



Alhamdulillah 6hb November lepas, akhirnyaaaa....aku dapat menjejakkan kaki ke Langkawi.. yeaa.. first time pegi Langkawi.. malunye hee..

Percutian yang tak dirancang sebenarnya. Kakak suruh cari tiket, cari punye cari ktorg decide nak pergi langkawi. Naik Air Asia. Ikutkan nak naik MAS Airline sebab ade promo, tp masa plak tak kena.

Motel plak kami pilih Adina Drive In Motel dekat Pantai Cenang. Motel tu kazen aku si Y yang pilih sebabnye dia penah duk situ. 

Flight jam 7.50. So kena la bangun pagi2 buta. Kol 5am sume dah bangun dan bersiap. Sebelum sampai KLIA 2, kami sempat la stop kat R&R utk solat subuh dan breakfast.

Tak seperti trip aku ke Ho Chi Minh, trip kali ni aku tak buat pun itinerary. Pakai redah je.. Cume aku plan, jejak je kat Langkawi terus pergi ke Cable Car. Sebabnye, kalau nak check-in motel, kol 2pm, so better merayap dulu.

Flight ticket: 
Air Asia, RM120 per person (return) include 20kg luggage (aku takmo beli pape, cume nk borong cekelat je..)
note: sape2 berniat nak shopping banyak macam akak aku, sile amek luggage lebih ye. Aku tak tau lak akak aku ni nak borong pinggan mangkuk periuk belanga sume... haii memang tak cukup ler 20kg tu.

Motel: 
Adina Drive In Motel, RM280 (3 days, 2 nights), family room (2 queen size beds) 
note: Kami tak booked online, call je terus, deposit RM50.





Day 1 (6-Nov-14 - Thursday)

1. Cable Car, Oriental Village

Kami sampai dalam jam 9.10. Kejap bebenau duk dalam flight, rasa macam baru je duduk, pilot dah announce yg kami dah sampai ke Langkawi. Jejak je di langkawi, kami terus sewa kereta. Oleh sebab kami 4 orang je, so kami decide utk amek Viva je.. rase cam bawak kete sendiri plak keh keh. 

Lepas ambil kereta, kami terus memecut ke Cable Car. Dengan berpandukan peta yg agen kete tu bagi, dengan 2 org pembaca peta, akhirnya sampai juga kami kat Cable Car yang terletak di Oriental Village. Wah cantiknyee..excited u olls.




Time kami sampai matahari memang dah atas kepala.. peh panas, tapi gagah jugak berjalan ke kaunter Cable car.. Jauh bebenau sampai ke belakang..

Sebelum dapat naik cable car, kite tgk show dulu..


Tak tau le ape motif show ni. Agaknye ade orang yang gayat kot (aku lettew), jadi sebelum orang gayat tersebut naik cable car, org tersebut kene le menghayati video tu. Theory aku je la tu, agak nye management takmo pelawat bosan menunggu kot.

Selepas tgk video, barula kami disuruh beratur utk naik cable car.








Nampak tak kat salah satu pic kat atas ni ade pic jambatan gantung? Nasib baik la under construction lagi, kalau tak mesti family aku sibuk nak lalu situ, klu dorang pegi maknanye aku pun kene la follow.. ohh memang tak la haku ! Syukur la tak siap lagi. Naik cable car pun kaki dah menggigil, ape lagi ko suh lalu situ.. pengsan.

Car rental: RM160 (3 hari), deposit kunci RM50 (duit akan dipulangkan) - kete booked kat counter
note: sebenarnye ktorg bole dapat lagi murah.. ktorg patutnya amek kereta kat luar instead of kat counter. Sedara ktorg (terjumpe masa kat cable car) dapat RM130 untuk 4 hari.. sabo je la..

Minyak: RM40
note: agak kejam abg tu sbb bagi kete dengan minyak dah berkelip.. tapi alhamdulillah.. nasib baik cukup2 sampai kat stesen minyak.. 

Cable car ticket: RM15 (adult with IC), RM10 (children with IC)
note: Ticket line express dalam RM30 kot...lupe hehe..

Picture at Cable car: RM30
note: kami tak beli pun



2. Telaga Tujuh Waterfall

Turun je Cable Car kami terus ke Telaga Tujuh Waterfall (dengar2 nye ade mat salleh meninggal kat situ, sebab terjun dari atas... *ade ke org terjun dr bawah hee). Telaga Tujuh Waterfall ni dekat je dengan Cable car (masa naik cable car tu dah bole nampak Telaga Tujuh).








Penat woo memanjat. Memang mencabar physical & metal. Akak aku stay kat bawah, katenye tak rugi kalau tak panjat. Tapi bagi ktorg rugi keh keh. So, ktorg yg muda2 remaja (sangat la!) je yg panjat. Rase nak tercabut kaki ni. Punye le banyak tangga, jauh plak tu.. dengan panasnye lagi tapi hasilnye.. dapat la tgk pemandangan yang cantik dengan airnye yg err tak bape nk sejuk, maybe sbb dh tghr kot.



Sejuk la jugak sebenarnye.. Kami mampu pegi ke telaga satu je, tak larat ah nak naik sampai tujuh. Yang satu ni pun bertarung nyawa. Wah mase sampai tu, rase nak benam je kepale ni dalam air. Tapi tak bole le,  dapat benam kaki je la  hehe.. 

Kami lepak kejap je kat air terjun ni. Sebab sume dah tak mampu nak mengawal diri, kepanasan, kepenatan, kehausan dan byk la ke ke nye. Sampai bawah terus masuk kete, start engin, bukak aircond kuat2 trus gerak ke Pantai Cenang.

Sampai motel terus check-in. Masuk je bilik, terus g mandi, sembahyang, lepas tu sume tak sedau diri.

Parking di Telaga Tujuh: RM2



3. Kota Mahsuri

Lepas Asar, sume dah bersiap ke Kota Mahsuri. Kami tak masuk pun muzium ni, kami g luar je cari makan. Lapau tahap gaban ! Perut harus diutamakan. Menggigil haku bawak kete hokey.. Nasib baik kat situ ade gerai. Ktorg makan laksa dengan rojak buah. Lepas makan, dah kenyang, dah bole berdiri dan berjalan dengan gagahnye, maka kami pun menjelajah kawasan Kota Mahsuri tu (shopping). 






4. Pasar malam

Balik dari kota mahsuri kami singgah kat pasar malam. Kecik je pasar malamnye, tapi macam2 ada. Ape lagi kami pun memborong segala makanan untuk malam nanti.





Lepas abes memborong kami terus balik motel. Lepas isyak kami keluar balik. Saje nak jalan2 sekitar kawasan Pantai Cenang ni. Kami jalan kaki je. Kawasan Pantai Cenang ni memang hidup waktu malam. Memang best.



Masing2 dah tak larat sebenarnye. Kami jalan sekejap je, tengok sikit2 sudah, pastu pegi belakang tengok pantai.  

Lepas tu dengan longlainye kami balik motel, penat yg amat, tapi berbaloi sebab dapat tengok macam2 dalam sehari. 

Panjang lebar aku cite, dah macam website pelancongan plak, padahal nak cite yang aku g Langkawi je kah kah.. Okeh.. Itu je السلام عليكم